Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Universiti Perdana : Universiti Baru Di Malaysia ?



Universiti Perdana iaitu sebuah universiti baru di Malaysia telah pun dilancarkan oleh  Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. 


Kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.


Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI).


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti Perdana ini.


Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi sini sementara menunggu kampus tetap Universiti Perdana ini akan siap pada 2013.




Antara tujuan pembukaan Universiti Perdana ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.


PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.


Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons in Ireland.


Secara peribadi, bagus juga adanya Universiti Perdana ini. Pelajar perubatan tidak perlu lagi ke luar negara untuk melanjutkan pengajian. Ini dapat dapat menjimatkan kos kerana kos untuk belajar perubatan di Amerika dan di negara-negara lain sangat tinggi. 


Di harapkan  selepas ini kos yang digunakan untuk menghantar pelajar Malaysia ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dapat digunakan untuk membantu rakyat miskin di luar bandar...   



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sandokhan said...

betul! aku sokong. kita memerlukan lebih banyak doktor yang bertauliah di Malaysia.

Unknown said...

seronok sangat dengar berita ini....tak perlu lagi belajar kat luar negara yang kurang selamat itu dan terlalu mahal itu....tapi rakyat Malaysia masih jugak teringin nak merasa dingin nya salji dan merasa musim luruh dan juga musim panas.....

Anonymous said...

perdana universiti niey, gov or ngo?

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget