Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

11 Peserta Ustazah Pilihan Astro Musim Pertama 2011



11 PESERTA USTAZAH PILIHAN ASTRO MUSIM PERTAMA 2011


Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis memperkenalkan 11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 setelah beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011.


11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 ini dipilih daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan setelah mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan program realiti tv ini berdasarkan pengetahuan masing-masing.


Peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama ini bukan sahaja berkelulusan di peringkat universiti bahkan boleh bertutur bahasa asing seperti Arab dan Parsi.


Setip peserta Ustazah Pilihan akan diuji sejauh mana peserta dapat mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa


Jom kita berkenalan dengan 11 peserta Ustazah Pilihan Astro musim pertama 2011 ini :




  • Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20
  • Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21 
  • Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21 
  • Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah),21 
  • Masfira Hilman (Fira),27
  • Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27
  • Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21
  • Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26
  • Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23
  • Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26
  • Maryanti Ramle (Yanti),23 


Setiap peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.


Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran langsung (live) pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober 2011 di saluran 106 Astro Oasis.


Apa yang kita harapkan program realiti televisyen Ustazah Pilihan ini yang dapat melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai “role model” kepada wanita masa kini...


P/S : Ramai peserta @ finalis Ustazah Pilihan ini yang cantik-cantik. Dah lah cantik, warak pula tu. Mesti ramai yang nak ambil buat menantu....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Noor Fatin said...

kebanyakan muda2 lagi~

Sandokhan said...

muda-muda lagi Ustazah nie. Baru lepas grad letew!

Daeng Jumat said...

``Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.'' (An-Nur 24:30).

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget