Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Proton Espire Akan Dilancarkan Pada 2012 ?




Menurut sumber, Proton Espire akan dilancarkan pada tahun 2012. Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan ini apada Febuari 2012.


Model percubaan Proton Espire sudah kelihatan di jalan raya bagi tujuan pandu uji. Model ini juga di katakan bakal menggantikan model Proton Persona yang dilancarkan pada 15 Ogos 2007.


Kalau anda perasan Proton Espire ini mirip kepada model Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember 2010. Oleh itu Proton Espire ini dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.




Walaupun model konsep Proton Tuah yang dipamerkan tersebut diperbuat dari tanah liat, Proton turut menyertakan beberapa spesifikasi model itu kepada orang ramai.


Antara spesifikasi yang ditampilkan oleh model ini ialah lampu belakang LED yang kelihatan lebih ‘sporty’ dan cermin bumbung fotokromatik yang mampu menggelapkan cermin kenderaan pada suhu-suhu tertentu.


Bagi yang belum pernah melihat prototaip Proton Tuah, di bawah ini ialah prototaip Proton Tuah yang dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember 2010 lepas.




Mungkin terlalu awal hendak diperkatakan tentang ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak kerana buat masa ini belum ada maklumat rasmi tentang spesifikasi untuk model ini.


Secara keseluruhan, dari aspek luaran Proton Espire ini menampilkan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, trendy, futuristik dan kelihatan seperti kereta buatan Eropah.  


Kalau nak tahu ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak model ini sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Proton sendiri...



Velasizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget