Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Perodua Myvi Extreme Dan Myvi SE 1.5 l Baru 2011



Perodua Myvi Extreme dan Myvi SE 1.5 liter baru 2011 telah pun dilancarkan pada 15 September 2011 sekaligus menyaksikan model ini varian terbaru dalam keluarga Myvi.


Dengan menggunakan tagline “Lagi Power, Lagi Best“, kedua-dua model ini memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter yang sebelum itu eksklusif hanya untuk model MPV Alza.


Dari aspek aksesori luaran, Perodua Myvi Extreme dan SE 1.5 baharu ini kini tampil lebih bergaya dengan kit badan baru yang lebih sporty dan ranggi, selesa dan berkuasa.




Bagi Myvi SE 1.5, terdapat 3 versi ditawarkan iaitu manual, automatik dan multimedia. Versi SE Multimedia didatangkan eksklusif bersama kotak gear automatik sahaja. 


Perbezaan Myvi SE Multimedia berbanding versi SE manual dan auto ialah bahagian interior dilengkapi sistem multimedia navigasi skrin sesentuh sama seperti yang ditawarkan pada varian Extreme.


Perodua Myvi 1.5 liter baru ini juga didatangkan bersama transmisi manual dan automatik untuk pilihan pelanggan, selain menawarkan 3 pilihan warna iaitu  Kuning (Solid Majestic Yellow), warna Putih (Solid Ivory White) dan Hitam (Metallic Ebony Black).




Bagi Varian SE pula tampil dengan pilihan lima warna menarik berbanding Extreme, dengan tambahan dua warna ungu iaitu Metallic Mystical Purple dan Metallic Purple.


Perodua Myvi SE dan Myvi Extreme 1.5 l baru 2011 ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC dan 16V DVVT pada yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 102bhp@6,000rpm dan tork maksimum sebanyak 136Nm@4,000rpm. 


Menurut Perodua, pecutan dari 0-100 km/j boleh dilakukan dalam tempoh di bawah 10 saat, berbanding varian 1.3 pada catatan 12.5 saat.




Enjin 1.5 liter yang digunakan turut dikatakan lebih responsif dan menghasilkan pecutan lebih lancar, selain kuasa kuda dan tork yang mewah memberikan perasaan pemanduan sebenar yang cukup menyeronokkan.


Aspek keselamatan tidak di pinggirkan. Ciri keselamatan seperti ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brake Distribution), BA (Brake Assist) dan dwi beg udara SRS menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian.


Harga yang ditawarkan bermula serendah RM50,900.00 sehingga RM61,700.00, bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan. dijangkakan akan menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.




Inilah dia senarai harga Perodua Myvi Extreme dan SE 1.5 l baru (harga atas jalan termasuk insuran) :

  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Solid) – RM50,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Metalik) – RM51,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Solid) – RM53,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Metalik) – RM54,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Solid) – RM56,000.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Metalik) – RM56,500.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Solid) – RM58,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Metalik) – RM58,700.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Solid) – RM61,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Metalik) – RM61,700.00


Kepada yang bercita-cita untuk memiliki kereta dalam masa terdekat ini bolehlah ke pusat jualan Perodua untuk melihat sendiri Perodua Myvi SE dan Myvi Extreme 1.5 l baru ini manalah tahu salah satu model ini adalah kereta yang anda cari selama ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  

Comments
7 Comments

7 comments:

Orked Desa said...

menarik gak tgk myvi yg ni...baru 2 ari lps test drive myvi lg best housemate nyer...rasanyer kene bergegas ke showroom la ari ni..ahaks..

Sharinginfoz said...

entah berapa versi lagi pun tak tahu...

Ms Haslina said...

mesti yg baru beli myvi lagi best baru2 nie rasa terkilan sebab da ada versi baru lagi.
;((

warna kuning tu menyerlah gitu.

Unknown said...

nmpk lebih garang

Noor Fatin said...

cantik la myvi baru ni..uwaaa bila la nak dapat :P

Malaysian News today said...

Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap

anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
ini laman web sayahttp://mal

aysiannewstoday.blogspot.com/


Malysiannewstoday: Terima kasih..

Anonymous said...

Saya sudah pun memiliki myvi se multimedia auto .. ternyata kuasanya seperti yg dikatakan... antara keluaran terbaik dari perodua.. TERBAIKK!!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget