Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Jurukamera BernamaTV Mati Ditembak Di Somalia !



BREAKING NEWS


Jurukamera BernamaTV mati ditembak di Somalia! Jurukamera Bernama TV yang di maksudkan ialah Noramfaizul Mohd. Nor, 41 yang telah meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia.


Menurut rakan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, Khairulanuar Yahaya (wartawan BernamaTV) yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian berlaku semasa Allahyarham Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.


Kejadian jurukamera BernamaTV mati ditembak di Somalia ini berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia.


Menurut sumber, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.


Takziah untuk keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor iaitu jurukamera BernamaTV mati ditembak di Somalia. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al- Fatihah.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Comments
2 Comments

2 comments:

ISZA said...

AL-fatihah~

Sharinginfoz said...

semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget