Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Orang Minyak Ditangkap Di Taman Pinggiran Batu Caves Gombak !



'Orang minyak' Taman Pinggiran Batu Caves Gombak yang muncul di sekitar taman perumahan itu telahpun berjaya di tangkap penduduk setempat dan di serahkan kepada pihak polis.


Badan orang minyak ini tidak disapu minyak seperti ‘orang minyak’ tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.


Lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’ di Taman Pinggiran Batu Caves Gombak ini di percayai berasal dari Indonesia dan mengamalkan ilmu hitam. 





Inilah dia kronologi penangkapan orang minyak di Taman Pinggiran Batu Caves Gombak baru-baru ini :- 


  • Kira-kira jam 2 pagi itu, orang minyak ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.
  • Dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.
  • Orang minyak itu di percayai mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian pemilik rumah untuk keluar melihat.
  • Norlida Hassan yang mengintai menerusi tingkap, mendapati seorang lelaki bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik dan bersilat lalu beliau mengambil keputusan menyergah lelaki itu supaya beredar.
  • Suami Norlida dan seorang jiran mengejar orang minyak itu yang berlari ke sebuah belukar tebal.
  • Mereka berjaya menangkap orang minyak yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.
  • Setelah ditangkap, orang minyak itu berkelakuan pelik apabila meminta untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.
  • Pihak polis sampai ke tempat kejadian lalu menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi.


Ketika ini pihak Polis masih menyiasat motif suspek dan Polis percaya suspek adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran. 


Polis juga akan menyiasat kemungkinan suspek dipengaruhi ‘ilmu’ yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran. 


Semakin hari semakin banyak kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita. Kes ragut, kes simbah asid, kes bunuh, dan macam-macam lagi. Jika orang minyak ini tidak ditangkap mungkin ada yang menjadi mangsa rogol. Oleh itu kita mestilah meningkatkan tahap keselamatan kita walau di mana kita berada. Berhati-hatilah selalu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Noor Fatin said...

sampai berbogel! teruk sgt aihh

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget