Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



 ISA DIMANSUHKAN DAN DI GANTI UNDANG-UNDANG BARU  KESELAMATAN !


BREAKING NEWS


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ini mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan di ganti  dengan undang-undang baru keselamatan dalam ucapan perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Malaysia.


Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa 2 undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.


Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.


Kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman.




Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.


Di samping itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.


Selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.


Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Nampaknya sekian lama isu Akta ISA diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan di ganti  dengan undang-undang baru keselamatan.


Ini bermakna mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata kerana berbeza ideologi politik namun 2 lagi undang-undang baru bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah perlu diperjelaskan secara lebih terperinci supaya rakyat lebih jelas. 



P/S :- Nampaknya sudah semakin dekat kita dengan Pilihanraya ke 13 (PRU 13)...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

m said...

hmm... makin dekat.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget