LATEST UPDATE
Keputusan perlawanan Man Utd VS Chelsea berakhir dengan kemenangan milik Man Utd yang menundukkan Chelsea 3-1 di Stadium Old Trafford
Separuh masa pertama menyaksikan Man Utd mula mendapat gol awal minit ke 8 menerusi tandukan Chris Smalling hasil dari sepakan penjuru.
Chelsea yang tersentak dengan jaringan itu cuba mengatur rentak untuk menembusi gawang Man Utd namun sering di hampakan oleh pertahanan kental Man Utd.
Nani menambah derita Chelsea dengan menjaringkan gol kedua menerusi 1 sepakan padu dari luar kotak penalti yang menewaskan Petr Cech di gawang Chelsea.
Ketika perlawanan menghampiri ke penghujung separuh masa pertama Wayne Rooney menjaringkan gol ke 3 Man Utd ketika kelam kabut berlaku depan pintu gol Chelsea.
Separuh masa kedua bermula dengan cemerlang apabila Nicholas Anelka melorongkan bola kepada Fernando Torres yang melepasi perangkap offside lalu melakukan lob untuk menewaskan David De Gea di gawang United pada minit ke 46.
Akhirnya Fernando Torres berjaya menamatkan kemarau gol yang selama ini menghantuinya. Ini gol kedua Torres bersama Chelsea. Gol pertama dijaringkan ketika Chelsea VS West Ham musim lalu.
Man Utd mendapat peluang melebarkan kedudukan apabila di hadiahkan sepakan penalti malangnya Wayne Rooney tersasar melepaskan rembatan akibat silau matahari yang terik di belakang pintu gol Chelsea.
Fernando Torres terlepas menjaringkan gol apabila berjaya menggelecek David De Gea namun sepakannya tersasar tatkala pintu gol kosong tidak di kawal.
Javier Hernandez mengalami kecederaan akibat terjahan kasar Ashey Cole. Dia di bawa keluar lalu Dimitar Berbatov di bawa masuk.
Kedua-dua pasukan saling serang menyerang namun masih belum mampu menambah jaringan. Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Ini menyaksikan Man Utd mendahului liga dengan 15 mata di ikuti Man City di tangga ke 2 dengan 13 mata selepas seri dengan Fulham 2-2. Chelsea di tangga ke 3 dengan 10 mata.

PREVIOUS ENTRY
Pasti ramai yang menantikan keputusan Manchester United VS Chelsea live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 18 September 2011 yang berlangsung di Stadium Old Trafford.
Perlawanan Manchester United VS Chelsea pasti menjadi tumpuan kerana ia melibatkan pasukan yang menjuarai Liga perdana Inggeris musim lalu iaitu Manchester United dan pencabar kejuaraan utama musim lalu, Chelsea.
Untuk rekod, Manchester United kini menerajui liga dengan 12 mata dari 4 perlawanan di ikuti rapat Manchester City yang berkongsi mata di tangga ke 2 dan Chelsea di tangga ke 3 liga dengan 10 mata.
Ini kali pertama pertembungan antara jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson dan jurulatih Chelsea, Andre Villas Boas.
Andre Villas Boas memilih untuk tidak melancarkan perang psikologi terhadap Sir Alex Ferguson kerana tidak melihat ia sebagai faedah sebaliknya lebih memberi tekanan terhadap pemainnya sendiri.
Ini sekaligus berbeza dengan cara bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho yang gemar melancarkan perang psikologi terhadap Ferguson.
Jom kita terjah kesebelasan utama Manchester United VS Chelsea live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 18 September 2011 ini :-
Manchester United pastinya mengharapkan gandingan Wayne Rooney, Javier Hernandez, Nani dan Ashley Young yang sudah meledak 18 gol termasuk kemenangan bergaya 8-2 ke atas Arsenal.
David De Gea pula akan beraksi malam ini di posisi penjaga gol walaupun di kritik hebat akibat aksi goyah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Chelsea pula pastinya mengharapkan sentuhan magik Juan Mata mencipta gerakan menghasilkan gol. Beliau juga sudah menjaringkan 2 gol bersama Chelsea sejak berpindah dari Valencia.
Di samping itu, Chelsea juga mengalu-alukan kepulangan John Terry dan Frank Lampard ke dalam pasukan yang baru pulih dari kecederaan tatkala Didier Drogba pula masih cedera dan Fernando Torres masih di belenggu masalah buntu menjaringkan gol.
Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester United VS Chelsea live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 18 September 2011 di saluran 817 Astro Super Sport 3 jam 11 malam.
Keputusan @ result perlawanan Manchester United VS Chelsea ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan ini tamat...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~