(TERKINI) HARGA HARTANAH 2011 DI JANGKA TERUS MENINGKAT !
Menurut Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), kira-kira separuh daripada pemaju yang ditinjau bercadang menaikkan harga sebanyak 15% pada pelancaran projek mereka tahun ini.
Ini adalah berdasarkan bancian pada bulan Julai 2011 menjangkakan harga hartanah 2011 akan terus meningkat akibat kenaikan kos bahan binaan.
Selain itu, 65% daripada 147 responden menjangka harga umum pasaran akan meningkat 20% pada separuh kedua tahun 2011.
Di percayai sebab utama pemaju becadang menaikkan harga hartanah terus meningkat sebanyak 15% ini adalah di dorong oleh kenaikan secara besar-besaran dalam kos pembinaan.
Antaranya ialah kenaikan harga kos tetulang keluli yang telah meningkat sebanyak 13% kepada RM2589 setan berbanding harga pada 2010. Harga simen pula naik sehingga 4% daripada RM15.64 setiap beg pada 2010. Batu-bata juga meningkat 27% kepada 42 sen berbanding 2010.
Kenaikan kos barang telah membuatkan pemaju bakal menaikkan harga rumah selepas ini.Nak tak nak, kita masih memerlukan sebuah rumah untuk berteduh.Bagi yang dah mempunyai rumah, mungkin sudah selesa, namun bagi yang baru bercadang-cadang untuk memiliki rumah pertama,bakal garu kepala lepas ini.
Kenaikan kos barang telah membuatkan pemaju bakal menaikkan harga rumah selepas ini.Nak tak nak, kita masih memerlukan sebuah rumah untuk berteduh.Bagi yang dah mempunyai rumah, mungkin sudah selesa, namun bagi yang baru bercadang-cadang untuk memiliki rumah pertama,bakal garu kepala lepas ini.
Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.
Walaupun kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) iaitu pinjaman bagi pembelian rumah pertama tanpa deposit bagi rumah yang berharga bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dengan income bawah RM3,000 sebulan, namun pemaju hari ini lebih cenderung membina hartanah yang bernilai RM300,000 ke atas di sekitar Lembah Klang amnya .
Walaupun mungkin terdapat pemaju hartanah membina rumah di bawah harga RM 220,000 di Lembah Klang demi memenuhi tuntutan Skim Rumah Pertamaku (SRP) namun di jangkakan saiz rumah akan dikecilkan ekoran kenaikan harga bahan binaan.
Di harapkan kerajaan mempunyai mekanisme baru bagi membendung kenaikan harga hartanah yang terus meningkat ini. Jika kenaikan harga hartanah ini tidak di kawal pasti ia akan mewujudkan generasi tanpa rumah di Malaysia terutamanya bagi golongan muda yang baru berkerja dan gaji di bawah RM3000 amnya.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~