ROMBAKAN KABINET SARAWAK 2011 !
TERKINI
Rombakan Kabinet Sarawak 2011 telah pun diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi kira-kira jam 5.30 petang 28 September 2011.
Rombakan Kabinet Sarawak 2011 ini menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang.
Semua Menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dan dibantu 2 Menteri Muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.
Selain pembentukkan sebuah kementerian baru, Kabinet baru Sarawak 2011 ini menyaksikan, 5 kementerian ditukar nama manakala 7 muka baru dilantik sebagai Menteri Muda iaitu :-
- Datuk Len Talif Salleh - Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal)
- Julaihi Narawi - Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar
- Liwan Lagang - Menteri Muda Pembangunan Sosial (Kebudayaan dan Warisan)
- Abdul Karim Rahman Hamzah - Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia).
- Dr Jerip Susil - Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam)
- Rosey Yunus - Menteri Muda Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
- Robert Lawson Chuat.- Menteri Muda Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
Untuk rekod, jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota kaum Cina kosong selepas penyandang sebelum ini, Tan Sri Doktor George Chan tewas pada pilihan raya negeri April lalu.
Tahniah kepada mereka yang dilantik menyertai Kabinet Baru Sarawak 2011. Jalankanlah tugas dan amanah sebaik mungkin untuk membangunkan dan membawa kemajuan kepada negeri Sarawak...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~