Memang dah jadi trend sekarang ini semakin kita menghampiri penghujung bulan Syawal semakin banyak pihak menganjurkan Rumah Terbuka di sana sini termasuklah anjuran kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan-badan korporat, NGO mahupun orang persendirian.
Baru-baru ini saya sempat menghadiri sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 di daerah Raub, Pahang anjuran sebuah komuniti di daerah Raub.
Memang kalau boleh tak nak lepaskan jemputan ke rumah terbuka ini. Maklumlah selepas ini mungkin susah dah nak jumpa juadah Hari Raya seperti lemang, rendang, lontong, ketupat, nasi himpit dan lain-lain.
Apa yang menariknya Rumah Terbuka anjuran sebuah komuniti ini turut mengadakan cabutan bertuah. Kira-kira 30 pengunjung bertuah akan membawa pulang hamper yang disediakan oleh pihak penganjur.
Tak sangka pula nombor saya diumumkan sebagai pemenang. Gambar di atas itulah hamper yang di menangi. Antara isi hamper ini ialah air berkabonat, wafer dan snek-snek ringan.
Bila buka hamper ini dan meneliti seluruh hadiah di dalam hamper ini dapatlah di anggarkan harga hamper ini adalah dalam RM10- RM15. Tak kisahlah berapa harganya janji orang ikhlas nak beri dan kita seharusnya bersyukur dengan rezeki ini.
Terima kasihlah kepada pihak penganjur yang menjemput orang awam ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini. Semoga raya tahun depan anjurkanlah lagi...
P/S : Cepatlah berlalu Syawal ini. Dah tak sanggup rasanya asyik menerima jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sana sini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~