Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pernikahan Eira Syazira dan Azad Jazmin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat 16 September 2011.
Pasangan pelakon Eira Syazira dan Azad Jazmin ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran untuk majlis pernikahan Eira Syazira dan Azad Jazmin ini dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis pernikahan Eira Syazira dan Azad Jazmin ini, Eira menerima 9 dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad.
Manakala Azad Jazmin mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.
Sementara itu, majlis perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini manakala pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.
Apa-apapun selamat pengantin baru kepada Eira Syazira dan Azad Jazmin. Semoga kekal bahagia sepanjang masa.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~