Menurut laporan Berita Harian, Polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.
Walaubagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan forensik untuk memastikan perkara itu.
Sebelum itu, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian di Tanjong Sepat dekat Banting bersama dengan dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan Sosilawati dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan. Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Berita selanjutnya akan dilaporkan dari masa ke semasa...
Adios~~~~