Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Wajib bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji Mulai Jun 2011


Menurut laporan Bernama, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun 2011.


Mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997. Cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.


Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.


Bukan semua peminjam liat membayar hutang PTPTN cuma kadar bunga yang masih tinggi melemahkan hasrat peminjam untuk membayar balik. Yang peliknya kadar faedah 1% yang di war-warkan sebelum ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya.. Kenapa ya?   



Adios~~~~

Comments
7 Comments

7 comments:

Sharinginfoz said...

bagi saya sangat bagus yalah hutang kena bayar kan tapi ramai yang tak berbuat demikian

Siapa Link Your Blog

Anonymous said...

Salam bro, koi setuju amat dgn komen auk... nama je kadar bunga 1%, tapi makin bertambah-tambah juga hutang, bukan mengurang....

Serpatutnya, pinjaman PTPTN ni tak perlu bagi anak-anak bangsa Melayu-Bumiputera bila belajar ke IPTA/S kalau mengikut artikel 153 Perlembagaan.......... kurang2nya pelajar kena separuh pun dah kira tidak membebankan... cuba deme bayangkan, kalu ambik kursus perubatan/jururawat/doktor di IPTS, pinjaman PTPTN sampai rm60 ribu ke rm75 ribu, lepas 3 tahun dpt Diploma deme keja, gaji cuma dapat rm1200 ke3 rm1300 je... potong pinjaman samapai rm360 sebulan.... tak ke membebankan...

laGenDA KodOk HijAU said...

Bukan semua peminjam liat membayar hutang PTPTN cuma kadar bunga yang masih tinggi melemahkan hasrat peminjam untuk membayar balik. Yang peliknya kadar faedah 1% yang di war-warkan sebelum ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya.. Kenapa ya? - janji politik hehehe biasalah

Anonymous said...

aku ok jek guna skim potongan gaji utk byr blk ptptn nih.
Tapi bg aku kerajaan kenalah amalkan konsep WIN-WIN situation, bukannya asyik nak WIN aje. Maknanya, bila potongan gaji dah bermula, kjaan pon kna la tarik balik konsep larangan keluar negara yg dikenakan kpd peminjam tu... Byrn kan dah dibuat mlalui potongan gaji. Jgn asyik kerajaan aje yg nak menang!

Anonymous said...

just nk share..skang kat web ptptn ada news mengenai pembiayaan Ujrah.. pertukaran 3% kepada 1%.. tapi bile tepon ptptn..bukan semua yg akan dpt coz ada syarat..syaratnye tidak disenarai hitam, x penah dpt surat lawyer n tiada tunggakan(bayar ikut jadual).. so alamatnye..bape kerat jela yg boleh dpt 1% tu.. ptptipu tul la..saje je letak dlm web buat syarat.. padahal ntah bape ramai je dpt 1% tu..ciss..

Anonymous said...

aku ok je..bayar la stakat yg mampu..kan dorg bagitau kalau xmampu inform dorg..dah namanya hutang..mesti la nak bayar..kalau hutang kereta or motor x pulak korg bising interest tinggi..

Anonymous said...

bagaimana nk bayar klu kuar je u gaji taraf cleaner, sedangkan gj kerani lbh tinggi...bkn tidak mahu mbayar ttp tiada kemampuan sedangkan gj masih di takuk lama spt thn 80an..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget