Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2010 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebentar tadi. Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat, bersamaan 10 September 2010
Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah :-
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010."
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.
Adios~~~~~