Pada Hari Raya pertama dan Hari Raya kedua trafik ke blog AkU dAn SeSuAtU ini telah mengalami penurunan yang amat ketara iaitu sekitar 90 unique visitors sahaja berbanding purata 150 unique visitors pada hari biasa.
Ini adalah kerana ramai yang keluar berhari raya pada hari tersebut sehingga trafik ke blog ini terjejas. Banyak blog juga mengalami fenomena yang sama apabila trafik menurun secara mendadak.
Masuk Hari Raya ketiga dan keempat, trafik naik secara mendadak apabila kes pembunuhan Datuk Sosilawati di siarkan di blog ini. Trafik memcecah sehingga 575 unique visitors iaitu rekod tertinggi blog ini.
Ramai yang ingin mengetahui tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati bersama 3 yang lain ini. Majoriti rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka ini. Blog ini menerima kesannya secara tidak langsung.
Apa yang yang dilaporkan mengenai kes pembunuhan mereka di blog ini adalah berdasarkan laporan yang di siarkan di media massa. Tiada tokok tambah di sini.
Kepada pihak-pihak tertentu terutamanya bloggers janganlah membuat andaian sendiri. Polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kes ini. Buruk padahnya jika anda mahu mencipta 'populariti' dengan membuat andaian anda sendiri di ruang maya ini...
Adios~~~~