Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri 2010 pada raya pertama di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya dari 11.30 pagi hingga 5 petang.
Pihak Jabatan Perdana Menteri menasihatkan supaya orang ramai menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma untuk mengelak kesesakan lalulintas.
Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu berhadapan Sekolah Menengah Alam Shah, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Putrajaya Sentral.
Perkhidmatan bas juga disediakan bagi umat Islam lain yang hadir di rumah terbuka tersebut untuk menunaikan solat Jumaat jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari jumaat.
Pada 18 September pula, Najib selaku ahli parlimen Pekan akan mengadakan rumah terbuka di Pekan dari 10 pagi hingga 2 petang.
Bagi warga Lembah Klang yang tidak pulang berhari raya di kampung bolehlah berkunjung di rumah terbuka Perdana Menteri ini. Ketepikan dahulu segala ideologi politik, apa yang penting marilah kita bersama-sama meraikan Aidilfitri yang berbahagia ini...
Adios~~~~