Setiap kali tibanya perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Kuala Lumpur pasti akan lengang dan sunyi. Ini jelas ketara apabila tidak banyak kenderaan di atas jalanraya.
Ini adalah kerana ramai warga kota pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Memang tak lengkap Hari Raya jika tidak pulang ke kampung kan.
Apa-apa pun jom kita tinjau suasana Hari Raya di Kuala Lumpur :-
Apabila ramai yang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir warga kota yang tidak pulang ke kampung mengambil kesempatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur bagi merasai pengalaman bebas dari kesesakan lalu lintas.
Tumpuan warga asing pula pastinya pusat pelancongan sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC dan Zoo Negara. Di sini tempat tumpuan mereka berkumpul beramai-ramai bagi menghilangkan kerinduan kepada keluarga yang jauh di mata.
Kepada yang tidak pulang ke kampung janganlah mengambil kesempatan menceroboh dan merompak rumah yang tidak berpenghuni kerana pihak polis berjanji akan meningkatkan kawalan sekitar kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri ini...
Adios~~~~