Antara ayat yang digunakan ialah “Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” Kalau ayat ini digunakan zaman ini, wanita akan terperanjat kerana anda terlalu jiwang.
So ayat mengorat bagaimana yang disenangi wanita zaman ini? Adakah mereka gemarkan yang berlapik atau yang berterus terang? Manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.
Mungkin ayat-ayat mengorat di bawah ini efektif kepada wanita zaman ini :-
1. Ayat Mengorat Berlapik
- “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.
- “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.
- “Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Seterusnya terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu.
- “Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Sebenarnya ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.
- “Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikat dan membuatnya tersenyum.
- “Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan kamikaze ini.
- “I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.
Selamat Mengorat...
Adios~~~~