Hari Raya Aidilfitri di sambut sebulan maka ramai umat Islam menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kali ini termasuklah tokoh politik dan ahli perniagaan.
Namun yang hairannya walaupun tuan rumah tidak menganjurkan 'open house' ada juga tetamu yang datang ke rumah. Tak kisahlah, nama pun hari raya, memang hari untuk ziarah menziarahi.
Golongan yang 'rajin' beraya ke rumah orang ialah kanak-kanak dengan harapan dapat mengutip duit raya walaupun tidak mengenali tuan rumah.
Mereka ini tidak segan silu beraya ke rumah orang. Biasanya kumpulan ini akan di anggotai 3 - 10 orang. Matlamat mereka hanyalah duit raya semata-mata bukannya nak beraya sangat.
Bagi tuan rumah yang sudah mengetahui modus operandi mereka, tuan rumah akan tanya terus "mau duit raya atau nak beraya ?". Kalau mereka senyum-senyum sengih-sengih tu maksudnya nak duit raya lah tu.
Sepatutnya kanak-kanak ini tidak harus menjadikan duit raya itu matlamat. Tujuan beraya adalah untuk zirah menziarahi. Kalau tuan rumah beri duit raya itu namaya 'hadiah'. Kalau tuan rumah tak beri janganlah bermasam muka....
Adios~~~~