Semakin hampir dengan Hari Lebaran semakin ramailah warga kota pulang ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfiri bersama keluarga tersayang.
Sudah menjadi kemestian di mana jalanraya dan lebuhraya akan sesak dengan kenderaan keluar dari kota menuju ke kawasan luar bandar dan kampung.
Selain dari menaiki kenderaan persendirian, ada juga yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti bas, keretapi dan juga kapal terbang.
Ada yang mengatakan beraya di kota kurang meriah berbanding di desa kerana kota di kelilingi bangunan yang padat dan kebanyakan masyarakat di kota tidak bermuafakat dan mementingkan diri sendiri. Ini tidak mencerminkan suasana Hari Raya Aidilfitri itu sendiri.
Dengan adanya sungai, sawah, dusun, dan tanah lapang di sekeliling rumah membuatkan suasana Hari Raya di desa itu lebih 'feel'. Kehadiran keluarga, saudara mara serta jiran tetangga yang turut meraikan bersama-sama membuatkan Hari Raya itu amat bermakna.
Tradisi balik kampung ini memang baik. Di harapkan tradisi balik kampung ini bukan hanya pada musim perayaan sahaja tetapi harus di teruskan setiap masa kerana setiap dari kita pastinya ada tanggungjawab yang perlu di laksanakan di kampung...
Adios~~~~