Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Menurut laporan Utusan Malaysia dan KOSMO, empat mayat dipercayai jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya ditemui mati dibunuh dan dibakar dekat pantai Morib, Selangor. 


Kesemua mereka mati dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Untuk rekod, mereka semua dilaporkan hilang sejak 30 Ogos 2010.




Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.


Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.


Seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.


Adios~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

merahitujambu said...

betul kah??

abigemok said...

tapi belum ada pengesahan kan? mcm2 betul la sekarg ni. Manusia sanggup membunuh demi kekayaan..

kyuubi

BlogSyarih said...

Berita yang sedih dan menggemparkan. Kepada pembaca semua berhati-hati dengan setiap urusan terutama urusan yang bernilai.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget