Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Potong Gaji Bayar Balik PTPTN Di Jangka Pada 2013


Menurut laporan Bernama, bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.


Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 baru-baru ini adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.


Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, akan dibentangkan pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya.




Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.


Bagi saya, antara sebab mengapa peminjam tidak menjelaskan pinjaman adalah medium pembayaran secara online itu tidak mesra pengguna dengan tidak menggunakan cara "login" yang mudah serta pembayaran memerlukan lebih daripada 10 klik. Memang leceh kan.


Mungkin cadangan di bawah ini dapat membantu memudahkan pembayaran balik PTPTN :-

  • Permudahkan pembayaran melalui lamanweb PTPTN - kurangkan sehingga 5 klik bagi setiap pembayaran.

  • Permudahkan pembayaran melalui perbankan elektronik - pendaftaran akaun pembayaran peminjam PTPTN dengan mudah

  • Perkhidmatan pembayaran berterusan - pinjaman boleh dibayar pada bila-bila masa secara online.

  • Laman khas untuk bayaran - satu laman baru untuk bayaran pinjaman (cth: www.bayarptptn.gov.my).

  •  Pemotongan secara rela - beri pilihan untuk peminjam untuk membuat pemotongan dan galakan daripada majikan.

Adios~~~

Comments
5 Comments

5 comments:

azzey said...

velasrizal: mungkin cara ni yg terbaik utk sume kannnnnn.....

amirah said...

yela..memang sebab susah nak bayar online kut..kalau dpt byr online kan le senang

Sharinginfoz said...

apasal tunggu 2013

RaTuSuFi said...

saya setuju sekurang2 nya kita xperlu nk kuar...nk byr ptptn hehehe...dan hutang pun semakin kurang :)

Anna Boleyn said...

bgus gak cadangan tu. uishh sok sok time turn den nanti harap2 makin mudah lah. hutang ptptn banyak woo..interest lg.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget