Sebuah survey yang dilakukan di Itali telah merumuskan beberapa jenis wanita yang di takuti oleh lelaki. Kesemua lelaki yang megambil bahagian dalam survey ini di beri soalan tentang jenis wanita yang akan dijadikan pasangan hidup mereka.
Jom kita terjah jenis-jenis wanita yang lelaki takut dekati melalui survey ini :-
1. Ibu tunggal
- Sikap lelaki yang kaki joli menyebabkan mereka tak boleh menerima wanita yang telah memiliki anak. Tanggung jawab untuk mengurus anak yang bukan dari titik peluhnya membuatkan lelaki berpikir 2 3 kali untuk mendekati ibu tunggal.
2. Wanita boros
- Sifat wanita yang gemar berbelanja tanpa henti membuat lelaki ngeri Ini menyebabkan kebanyakan lelaki memilih untuk mendekati wanita yang lebih sederhana dan bertimbang rasa dalam berbelanja.
3. Wanita yang memiliki banyak sahabat
- Apabila wanita itu mempunyai ramai sahabat, membuatkan lelaki tidak berasa selesa kerana bimbang wanita itu akan mendengar pendapat sahabatnya berbanding dirinya sendiri.
4. Wanita yang terlalu obses terhadap perkahwinan
- Jika di hari pertama anda dating sudah berbicara tentang perkahwinan, hampir dapat dipastikan tak akan ada lagi dating-dating berikutnya. Hal ini bukan bererti lelaki takut berkomitmen, namun dia masih belum bersedia untuk membicarakan hal yang serius di awal perkenalan.
5. Wanita yang egois
- 98% dari responden mengaku tak mahu menjadi pasangan wanita yang bersifat egois serta mementingkan diri sendiri. Wanita jenis ini biasanya di minta di layan dalam hal semua perkara. Memang leceh kan.
Adios~~~~