Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kuih Raya Tunjuk - Tunjuk



Apabila semakin hampir dengan Hari Lebaran maka semakin kelam kabutlah para isteri dan kaum ibu melakukan persiapan menyambut kehadirannya. Antaranya ialah menyediakan juadah untuk santapan tetamu yang hadir.  


Sekarang ini kebanyakan wanita menceburi bidang pekerjaan. Mereka kesuntukkan masa membuat kuih raya. Sebagai jalan alternatifnya, mereka memilih untuk mendapatkan 'kuih raya tunjuk-tunjuk' sahaja.


'Kuih raya tunjuk-tunjuk' merujuk kepada kuih raya yang dijual di pasaran. Hanya dengan menundingkan jari, sesiapa pun mampu memilikinya (selepas duit di hulur). 
 



Selain dari menjimatkan masa, anda juga boleh mempelbagaikan jenis kuih raya apabila banyak jenis kuih raya di tawarkan. Jika anda buat sendiri, mungkin anda hanya mampu menghasilkan beberapa jenis sahaja.


Tinjauan rambang di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan sebalang kiuh raya serendah RM10 sahaja. Itu pun anda harus rajin berjalan mencari gerai yang menjual semurah ini.


Apabila tibanya malam raya, harga kuih raya ini akan jatuh mendadak. Mungkin dengan RM10 anda mampu mendapatkan 2 balang kiuh raya. Itupun jika anda pandai tawar menawar. Persoalannya sanggupkah anda menunggu sehingga malam raya sedangkan anda perlu berada di kampung bersama keluarga ?...


Adios~~~~ 

Comments
12 Comments

12 comments:

ejaMaria said...

kuih raya 10 ringgit ni slalu nye keras - tak syok... :(

nurayunni said...

sempat buat ckit2 jer kuih...klu jmp kuih 10ringgit tue kn bez..

azzey said...

velasrizal: mmg dh bertahun2 praktikkan kuih tunjuk jerk...

Sharinginfoz said...

kalau yang beraya di kl untunglah malam raya beli biskut banyak2 murah2

Lagenda said...

Langsung x sedap kuih melambak2 nih. Kaler & bentuk lain, rasa semuanya sama..

noorafzan.blogspot.com said...

betul,
biskut 10 inggit kalo tak sedap pu ntak guna..
hoho~

Kancilbiru said...

akak tunjuk yang dekat orang kat ofis ni jer...yang dekat kedai macam ni dah sah sah rasa sama ja...hihihihi

Unknown said...

still boleh tunggu... kalau kedai jual kuih tu kat kampung anda jugak... :o)

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

tapi memang betul bro..di muar,masa malam raya.ada kuih yg berharga rm5 satu balang..jatuh mendadak..

Entri terbaru PKE:
Siapa tak Baca Tak Boleh Raya!!

Yatre Hayati said...

murahnya 10 rgt jer??? malam raya selalu lelong kerepek 3 bungkus 10 rgt...

Unknown said...

salam singgah..

i follow u

Anonymous said...

salam..jgn terpengaruh ngan kuih rm10 ni, rase semua same je..rase tepung je semata2.. x sedap langsung..rase x same ngan nama. biarlah korban ckit beli kuih yg walaupun mahal ckit, tp puas hati untuk dihidang kepada tetamu. Raya setahun sekali so biarlah puas hati..logikla klu rm10, kos pun x cover klu buat kuih ikut resepi sebenar..just 4 sharing..tq.. -abdullah-

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget