Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu perlawanan Malaysia VS Indonesia Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 Dec 2010 di Stadium Bukit Jalil jam 8 malam.


Ini kerana kali terakhir Malaysia mara ke final AFF Piala Suzuki ialah pada tahun 1996 di mana Malaysia tewas di tangan Thailand 0-1. 




Misi besar menanti Indonesia kerana ini merupakan kali pertama mereka akan bermain di gelanggang lawan pada edisi kali ini serta ramai mencongak peluang untuk Indonesia muncul juara akan lebih sukar.


Meskipun Malaysia tewas kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan, mereka bangkit dengan corak permainan berbeza sekaligus berjaya mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam.




Ini adalah barisan kemungkinan pasukan Malaysia ketika menentang Indonesia nanti. Di harapkan pemain tengah Malaysia perlu lebih kreatif menjana serangan dan bertahan pada masa yang sama. 


Apa yang penting ialah menjaringkan gol sebagai bekalan ke Jakarta nanti di samping tidak membenarkan pihak lawan mmbolosi gawang Malaysia. 




Apa-apa pun tahniah buat skuad muda Malaysia yang mampu melangkah sejauh ini. Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia dapat memenangi AFF Piala Suzuki kali ini.


Jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Indonesia Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 Dec 2010 di Stadium Bukit Jalil. Siaran langsung akan disiarkan di RTM dan Astro SuperSport channel 813 jam 8 malam.



Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

mknace unlimited said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

anum amir said...

hurm..x tgk la bola2 nih..hehehe

Sharinginfoz said...

all the best buat malaysia,

sarah mohamad said...

all the best dan TAHNIAH !

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget