Keputusan pemenang pembida penganjuran tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022 telah pun diumumkan. Russia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dan Qatar pula menjadi tuan rumah pada 2022.
Keputusan yang diumumkan oleh Presiden FIFA Sepp Blatter itu nyata mengejutkan apabila calon pilihan, England tidak dipilih menjadi tuan rumah.
Pegawai tertinggi FIFA mengundi untuk memberikan hak penganjuran kepada Russia dan Qatar berbanding England, Spain/Portugal dan Holland/Belgium
Alasan pemilihan Russia dan Qatar ialah Piala Dunia belum pernah lagi di adakan di timur Eropah dan timur tengah.
Kedua-dua negara ini menerusi ketua negara masing-masing menjanjikan penganjuran kejohanan Piala Dunia yang terbaik yang akan membuka mata seluruh dunia.
Tahniah buat Russia dan Qatar. Semoga menjadi tuan rumah Piala Dunia paling berjaya dalam sejarah !
Adios~~~~