Ini berita baik kepada mereka yang mahu pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti krismas 2010 kali ini.
Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) bersetuju memberikan diskaun tol krismas 2010 untuk pengguna lebuhraya.
Diskaun sebanyak 60 sen diberikan kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen untuk pengguna Lebuhraya Sprint ditawarkan dalam tempoh 24 jam mulai 12.01 tengah malam Sabtu ini.
Diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untuk dinikmati oleh kenderaan dari semua kelas.
Mungkin ada lagi syarikat konsesi lebuhraya akan mengumumkan diskaun tol sempena krismas 2010 dalam masa terdekat. Sama-samalah kita tunggu pengumumannya.
Bagi yang akan pulang ke kampung atau bercuti sempena cuti Krismas 2010 ini, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang...
Adios~~~~