Masuk je cuti sekolah pastinya ramai yang tak menang tangan menerima undangan ke majlis perkahwinan di sana sini serata Malaysia.
Maklumlah bila umur semakin berganjak ke 30 an maka makin ramailah saudara mara dan sahabat handai yang sebaya melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Tak cukup dengan kad undangan, mereka juga turut mengundang melalui Facebook. Lihatlah events Facebook saya di bawah ni. Hampir 10 undangan yang diterima sehingga hujung tahun 2010 ini.
Ada yang sampai bertindih tarikh. Tak tahu yang mana 1 yang akan saya hadir. Kalau majlis tu tak jauh antara 1 sama lain boleh la pergi sekaligus. Ini 1 di Kuantan 1 di Kuala Lumpur.
Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat saudara mara & sahabat handai yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. InsyaAllah jika tiada aral melintang saya akan hadir ke hari berbahagia anda.
Kadang-kadang terfikir juga yang kita ni asyik pergi kenduri orang. Nanti bila time kita pula agak-agak mereka ni hadir tak. Maklumlah time tu mereka dah ada anak dan terpaksa ikut isteri atau suami berpindah ke tempat lain..
Adios~~~~