Rafael Benitez telah dipecat sebagai jurulatih Inter Milan oleh lembaga kelab setelah persetujuan dicapai untuk menamatkan kontraknya lebih awal.
Walaubagaimanapun, Inter Milan berterima kasih kepada Benitez kerana membantu kelab memenangi Italian Super Cup and the FIFA Club World Cup.
Punca pemecatan beliau adalah kerana aksi longlai dalam Serie A di mana kedudukan Inter Milan berada di tangga ke 7 dan 13 mata jauh di tinggalkan pendahulu liga, AC Milan.
Benitez berdepan tugas sukar untuk mengulangi kejayaan bekas pengurus Inter Milan, Jose Maurinho yang berjaya merangkul tropi Serie A, Coppa Italia and Liga-Juara-Juara Eropah.
Kecederaan pemain utama, Wesley Sneidjer memburukkan lagi keadaaan apabila Inter Milan hanya mampu menang 6 dari 15 perlawanan liga.
Apa-apapun Selamat Maju Jaya untuk Rafael Benitez dan Inter Milan. Semoga kedua-dua pihak akan menemui penganti secepat mungkin...
Adios~~~~