Nampaknya tak lama lagi akan di adakan pilihanraya kecil DUN Tenang (N5) Johor berikutan kematian ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember 2010.
Dijangkakan pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.
Ini bermakna akan berlaku pilihanraya kecil lagi kerana belum cukup 3 tahun selepas PRU 12 tahun 2008. Boleh di katakan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Untuk rekod, DUN Tenang mempunyai 49.66 % pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 %, India 12.11 % dan bangsa-bangsa lain 0.10 %.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Ini merupakan kemenangan kedua beliau ke atas lawan yang sama dalam 2 pilihanraya.
Tak kisahlah siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil DUN (N5) Johor ini. Yang penting wakil rakyat yang baru nanti mestilah berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati...
Adios~~~~~