Mulai hari ini, pemilik kereta Proton berpeluang untuk memiliki bodykit Proton R3 (race,rally,research) yang telah mula di jual di website Proton.
Ini pastinya berita baik buat pemilik kereta Proton yang mahukan penampilan bodykit yang berbeza, aksesori tambahan dan mementingkan prestasi di tahap tertinggi.
Antara bodykit Proton R3 yang di tawarkan adalah untuk model Gen2, Persona, Exora, Saga dan Satria Neo. Harganya pula berpatutan sekitar di bawah RM 10 500 bergantung kepada model kereta.
Aksesori yang di tawarkan pula meliputi R3 Performance Spring Set, Cylinder Head Gasket, Oil Filter, 205/45/16 Tyres, Tyre Valve Set dan banyak lagi.
Juga di nyatakan di mana pemilik kereta Proton boleh mendapatkan bodykit ini dan kebanyakannya boleh di dapati di service centre Proton di sekitar Lembah Klang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jualan bodykit Proton R3 ini, anda boleh klik di sini http://www.proton.com/Motorsports/R3-Accessories.aspx.
Adios~~~~~