Perodua telah memperkenalkan model prototaip generasi masa depan yang di berikan nama Perodua Bezza. Perodua Bezza ini telah di perkenalkan di pameran KLIMS baru-baru ini.
Perodua Bezza ini adalah kenderaan yang ideal untuk generasi Y yang mencari kenderaan yang lebih besar dan cekap merentasi hutan konkrit dan untuk perjalanan yang jauh.
Lampu bahagian hadapan Perodua Bezza ini nampak garang ketika lampu dipasang. Walaubagaimanapun bahagian depan model ini nampak ringkas tetapi masih menawan.
Ruang dalamannya pula menampakkan ciri-ciri futuristik dengan sentuhan moden. Penggunaan LED biru laut memberi nyalaan yang terang kepada meter. Sterengnya pula kelihatan bebentuk 4 segi.
Pintu di bahagian hadapan dapat di buka hampir 90 darjah manakala pintu belakang berbentuk sliding door yang perlu di tarik kebelakang untuk di buka. Ini memudahkan penumpang untuk keluar dari kereta ini.
Bahagian belakang Perodua Bezza ini nampak bergaya sekali terutama di bahagian lampu belakang dan skirting. Memang menepati konsep kereta masa hadapan yang di canangkan.
Tak dapat di pastikan lagi bila model ini akan dipasarkan. Kalau dipasarkan nanti, pastinya Perodua Bezza ini menjadi pilihan ramai kerana ianya sesuai untuk dijadikan kereta untuk kegunaan keluarga...
Adios~~~~~~