Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Pasti ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Indonesia live Final 1st Leg AFF Piala Suzuki 2010 pada 26 December 2010 di Stadium Bukit Jalil jam 8 malam ini kan.


Untuk makluman, jalan utama yang menghala ke Stadium Bukit Jalil mulai sesak dengan bilangan kenderaan yang bertambah membawa penyokong kedua-dua pasukan. 




Di luar stadium pula banyak gerai-gerai menjual jersi dan selendang pasukan Malaysia dan Indonesia. Bagaikan pesta besar-besaran pula. 


Di jangkakan seramai 90 000 peminat akan memenuhi Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Malaysia VS Indonesia Live Final 1st Leg AFF Piala Suzuki malam ini.




Secara peribadi, Malaysia mampu menang jika menampilkan corak permainan yang menarik serta berdisiplin. Barisan pertahanan perlu mengelakkan dari membuat kesilapan mudah agar tidak di bolosi. 


Apa-apapun jangan lupa menyaksikan perlawanan ini secara live di RTM 1 dan Astro SuperSport. Keputusan perlawanan Malaysia VS Indonesia ini akan dikemaskini di blog ini dari masa ke semasa.


Keputusan terkini


Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Pada separuh masa pertama, Malaysia banyak menguasai perlawanan dengan corak serangan yang cantik tapi masih gagal menembusi pertahanan Indonesia.




Walaubagaimanapun permainan terganggu apabila penjaga gol Indonesia, Markus mengadu kepada pengadil dia menjadi sasaran pancaran cahaya laser dari penonton.


Masuk separuh masa kedua Indonesia melancarkan serangan bertali arus tetapi Malaysia mampu bertahan sehinggalah permainan di hentikan pada minit ke 50 apabila penjaga gol  Indonesia berang apabila menjadi sasaran pancaran laser sekali lagi.




Setelah permainan di sambung Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Safee Sali  yang menolak bola masuk hasil gerakan licik NorShahrul Idlan di tepi padang.


Gol kedua hadir menerusi Ashari Shamsuddin yang merembat kencang masuk ke penjuru gawang juga menerusi gerakan NorShahrul Idlan di kiri padang.




Safee Sali sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan apabila bijak membaca hantaran silang dari Mahali Jasuli. Indonesia seakan hilang punca apabila gagal bermain cemerlang.


Nampaknya Malaysia mempunyai bekalan selesa apabila bertandang untuk Final kedua nanti di Stadium Gelora BungKarno nanti. Tahniah skuad Harimau Muda ! Semoga Piala Suzuki kali ini menjadi milik Malaysia..


Adios~~~~  

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

all the best malaysia

sollehahn said...

smart giler tgok malaysia main malam tadi...especially first goal masa shahrul idlan rampas bola drpd defense indon tuh...tak rugi tengok...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget