Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Malaysia VS Indonesia Piala Suzuki AFF 2010 memihak kepada Indonesia yang menang besar 5-1 ke atas Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta.


Di hadapan puluhan ribu penonton tempatan, Indonesia di kejutkan oleh gol pendahuluan Malaysia menerusi NorShahrul Idlan menerusi 1 counter attack yang direncanakan oleh Safee Ali pada minit ke 20.


Indonesia yang kembali mengawal rentak berjaya menjaringkan gol pernyamaan hasil gol sendiri Mohd Asraruddin pada minit ke 20 yang terkena badannya.




Gol kedua Indonesia hadir menerusi pemain kelahiran Uruguay yang mendapat kerakyatan Indonesia, Cristian Gonzales yang bijak memperdaya penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawee


Malaysia makin tertekan apabila gol ketiga Indonesia hadir menerusi Mohammad Ridhwan yang bijak memperdayakan pertahanan Malaysia. 


Gol keempat menjelma hasil kealpaan sekali lagi Mohd Asraruddin apabila gagal mengawal bola dengan kemas lalu memberi ruang untuk Arif Suyono menjaringkan gol.




Malaysia yang rancak menyerang pada minit terakhir perlawanan tersentak apabila Indonesia menjaringkan gol kelima menerusi Irfan yang tidak di kawal pertahanan Malaysia. 


Secara keseluruhan, permainan agak seimbang buat kedua-dua pasukan namun Indonesia memang layak menang hasil asakan yang bertali arus.


Apa-apapun Malaysia masih boleh layak ke pusingan seterusnya dengan syarat mesti menumpaskan Thailand dan Laos selepas ini. Untuk rekod perlawanan Thailand VS Laos berkesudahan seri 2-2.


Untuk gambaran jelas tentang perlawanan ini boleh baca di blog Sharinginfoz ini... 



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

teruk betul terutamanya di bahagian pertahanan, nak kan fahmi sebagai penjaga gol, thanks for the link

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget