Sekali lagi gambar Proton Saga Facelift 2012 berjaya dirakam. Beberapa bahagian pada badan kereta ini ditutup dengan pelekat hitam bagi mengelakkan bentuk asalnya di ketahui umum.
Selepas Proton Waja di gantikan dengan Proton Inspira, tahun 2012 pula adalah tahun menganti Proton Saga BLM sedia ada kepada model yang baru.
Daripada gambar di atas, jelas bentuk grill hadapan adalah hampir sama dengan grill hadapan proton Exora dan Proton Inspira.
Pada bahagian belakang kereta ini pula, terdapat reflektor pada bahagian bawah bumper. Ini membuatkan Proton Saga baru ini nampak lebih bergaya.
Rim aloi nya pula seperti rekaan terbaru berbeza dari Proton Saga BLM yang ada di atas di atas jalan sekarang ini.
Pada bahagian cermin sisi kereta ini turut dilengkapi dengan cermin sisi samaran LED untuk membantu peranan signal kereta.
Nampaknya Proton semakin serius untuk menguasai pasaran dengan mengetengahkan produk-produk yang baru. Secara peribadi, mungkin Proton boleh fokus pada ciri-ciri keselamatan kereta di masa akan datang memandangkan kadar kemalangan yang tinggi di negara ini.
Adios~~~~