Isu masa depan Wayne Rooney sudah selesai apabila penyerang prolifik England itu menandatangani kontrak 5 tahun untuk kekal bersama Manchester United.
Sebelum ini Wayne Rooney menyatakan hasratnya mahu meninggalkan Old Trafford apabila berlakunya perbalahan antara beliau dengan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.
Wayne Rooney juga kecewa apabila kelabnya itu gagal menarik minat pemain bertaraf dunia untuk menyarung jersi Manchester United.
Pihak pengurusan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, mendorong Wayne Rooney menyambung kontraknya.
Sebelum ini Chelsea dan Manchester City menyuarakan hasrat untuk memancing khidmat Wayne Rooney sekiranya beliau tidak mahu lagi beraksi untuk Manchester United.
Selamat Maju Jaya Wayne Rooney !
Adios~~~~