Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud di dalam rumahnya di kaki gunung berapi di Yogyakarta
Menurut doktor hospital, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan. Pakaiannya juga adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Beberapa hari sebelum ini, beliau dilaporkan memberitahu saudara mara yang beliau tidak akan meninggalkan Gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (penjaga gunung).
Nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito. Walaubagaimanapun pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Adios~~~~~