Sekarang ini Facebook bukan sahaja berfungsi sebagai laman sosial untuk mencari kenalan bahkan digunakan juga untuk mempromosikan produk, perkhidmatan dan tidak ketinggalan digunakan juga untuk mempromosikan blog.
Apa yang saya terkilan ialah ada blogger yang sanggup mempromosikan blog beliau menggunakan wall kenalan di Facebook dan saya adalah mangsanya.
Blogger ini add saya sebagai sebagai kawan di Facebook. Atas dasar persahabatan sesama blogger saya pun approve. Tapi tak sangka ada udang di sebalik batu !
Blogger ini add saya sebagai sebagai kawan di Facebook. Atas dasar persahabatan sesama blogger saya pun approve. Tapi tak sangka ada udang di sebalik batu !
Memang modus operandi blogger begini. Beliau meninggalkan link di semua rakan-rakanya di Facebook. Maaflah ye tuan punya blog, saya tak suka cara anda mempromosikan blog anda dengan meletakkan link di wall Facebook saya.
Tahukan anda tajuk entri anda itu boleh menjejaskan reputasi orang lain di Facebook. Contohnya jika anda tulis tentang Pamela Anderson dan letakkan link di wall orang lain maka rakan-rakan lain akan menganggap tuan punya akaun Fecebook adalah seorang mata keranjang.
Kalau nak tinggkatkan trafik blog banyak caranya. Contohnya manfaatkanlah Google search engine. Tulislah tentang apa yang orang akan search di Google. Tak perlulah sampai mengambil kesempatan atas orang lain !
P/S :- Jangan jadi hamba blog
Adios~~~~~