Paul Sotong kurita Piala Dunia telah di sahkan mati oleh pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhauseyang, Jerman.
Paul si sotong kurita dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di dalam akuarium yang menempatkannya di Jerman.
Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir.
Kejayaan Paul membuat ramalan merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri. Paul juga menerima ancaman bunuh kerana meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Sepanyol di Piala Dunia.
Secara peribadi, bagus juga si Paul ini mati. Sekurang-kurangnya dapatlah menghapuskan perkara khurafat, tahyul dan syirik di kalangan masyarakat dunia..
Adios~~~~