Keputusan mansuh UPSR, PMR telah di umumkan. Keputusannya ialah UPSR akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru manakala PMR akan dimansuh dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.
Untuk UPSR, format peperiksaan itu akan dikekalkan tetapi perubahaan akan dilakukan ke atas sukatan pelajaran bagi memperbaiki keberkesannya.
Antara perubahan yang dicadang untuk penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
Bagi PMR pula, Kementerian Pelajaran imahu mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah dengan penyelarasan dari Lembaga Peperiksaan supaya tidak dilihat berat sebelah.
Secara peribadi, saya bersetuju bahawa peperiksaan ini perlu dikekalkan. Bayangkan jika tiada peperiksaan di adakan, pelajar akan bersikap sambil lewa terhadap pelajaran. Maka mereka akan ber'honeymoon' sepanjang tahun.
Ini akan menambah beban kepada guru tingkatan 5 apabila terpaksa mengajar asas matapelajaran yang sepatutnya mereka belajar semasa sekolah rendah dan menengah rendah sebelum menduduki SPM. Itu belum kira persiapan subjek untuk SPM lagi...
Adios~~~~