Sempena dengan jualan kad PETRONAS Touch 'n Go Edisi Mercedes GP PETRONAS yang memberangsangkan, PETRONAS sekali lagi melancarkan kad PETRONAS Touch 'n Go edisi terhad, bertemakan MotoGP pula.
Jualan kad ini bersempena dengan musim MotoGP Malaysia yang bakal diadakan pada 8-10 Oktober 2010 di Litar Antarabangsa Sepang.
Terdapat 2 jenis pilihan kad yang di tawarkan. Jom kita lihat kad PETRONAS Touch 'n Go edisi terhad MotoGP ini dengan lebih dekat :-
Kad ini akan dijual di Suria Esplanade, Suria KLCC bermula dari 2 hingga 10 Oktober 2010, pada harga RM 10 setiap kad sementara stok masih ada.
Selain design kad ini yang menarik, kad ini juga sesuai di jadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah kepada keluarga, saudara mara atau sahabat handai.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan kad eksklusif Touch n Go Petronas Edisi Mercedes GP Petronas di stesen minyak Petronas yang terpilih. Memang berbaloi-baloi...
Adios~~~~