Manchester United dilaporkan telah berputus asa dengan Dimitar Berbatov dan bersedia melepaskannya pada hujung musim ini.
Penyerang Bulgaria itu bergelut untuk memberi impak kepada United sejak perpindahannya dari Tottenham Hotspur dengan harga £30.75 juta (RM153 juta) pada September 2008.
Prestasinya ketika kekalahan United kepada Chelsea dan keputusan seri tanpa jaringan dengan Blackburn Ahad lepas sudah mula mencetuskan kemarahan peminat The Red Devils.

Pemain pilihan Alex Ferguson tahun yang lalu, Karim Benzema, kembali dalam perhatiannya musim panas ini selepas penyerang Perancis itu gagal mendapat tempat dalam skuad Real Madrid.
Ferguson mungkin boleh mendapatkan khidmat Benzema dengan harga yang pernah ditawarkan dahulu £25 juta (RM124 juta) sebelum menaikkan jumlah tersebut kepada £35 juta (RM174 juta)
Bagi aku keputusan paling tidak 'cerdik' adalah melepaskan Carlos Tevez ke Manchester City. Carlos Tevez adalah pemain yang berskill tinggi jika di bandingkan dengan Dimitar Berbatov. Tevez juga terkenal kerana sikapnya yang bermain bersungguh-sungguh ketika di atas padang.
Tevez telah membuktikan kepada Ferguson bahawa dirinya seorang penyerang bertaraf dunia apabila berjaya menampilkan corak permainan menarik dengan menjaringkan 21 gol dalam 33 perlawanan liga setakat ini.
Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Tevez sudah menjadi milik kelab lain. Siapa pun yang bakal di beli oleh United pada musim panas nanti biarlah mampu mengisi kekosongan apabila Wayne Rooney tidak beraksi..
Adios~~~