Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kenapa Pelajar Lelaki Tak Minat Ke Perpustakaan ?


Perpustakaan adalah ruang atau gedung yang digunakan untuk menyimpan buku dan sumber rujukan. Walaupun pelbagai kemudahan disediakan di perpustakaan untuk membantu pelajar mendapatkan sumber rujukan tetapi ramai yang tidak berminat untuk ke perpustakaan.

Kenapa ini berlaku ya? Kebanyakkannya adalah pelajar lelaki.  Macam-macam alasan yang diberikan. Antaranya ialah:- 

1. Perpustakaan terlalu jauh
  • Penat lah berjalan dari kelas atau dari hostel ke perpustakaan. Kalau baru lepas makan tu boleh lapar balik bila dah sampai perpustakaan. Bila dah letih rehat sekejap, kemudian tertidur. Bangun-bangun je dah malam. 

2. Gagal mencapai objektif
  • Maklumlah, lelaki ni jenis yang suka berkelompok. Kalau nak buat baik atau jahat biar beramai-ramai. Begitu juga dalam kes ini. Tapi bila dah ramai-ramai ni dah jadi sesi berborak pula. Akhirnya objektif gagal di capai.

3. Suasana perpustakaan yang sunyi
  • Lelaki tak suka suasana yang sunyi. Lelaki lebih suka suasana yang agak riuh rendah walaupun untuk belajar. Sebab tu ada yang belajar sambil mendengar lagu di radio. Kalau sunyi, macam duduk di rumah mayat pula. 

4. Lelaki belajar bukan untuk di tunjuk-tunjuk
  • Kebanyakkan lelaki tidak suka bergelar 'ulat buku'. Mereka suka memperlekehkan orang lain yang suka belajar bilamana ternampak mereka belajar. Padahal mereka juga akan belajar juga secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang lain. Dari luaran nampak macam kutu tetapi bila keluar result GEMPAK beb.. Baru Macho! 

5. Tak tahan godaan mata
  • Ye lah bila dah ramai pelajar perempuan belajar di perpustakaan tentunya mata lelaki asyik meliar memerhatikan awek-awek yang cun dengan harapan boleh dapat seorang. Nak buat macam mana dah lumrah lelaki suka memerhatikan yang cantik-cantik. Akhirnya sekali lagi objektif gagal di capai. Ramai yang beranggapan begini setelah melihat iklan di bawah ini:-

     
Sebenarnya kalau nak menuntut ilmu ini tak perlu malu. Tak kisah la apa orang nak kata 'ulat buku' ke 'mat skema' ke apa ke yang penting kita tahu apa yang kita hendak capai dalam hidup ini. Lagipun dah bayar yuran mahal untuk perpustakaan sayang pula tidak gunakan sepenuhnya ye tak.. 

Renung-renungkan...

    Adios~~~

      Comments
      3 Comments

      3 comments:

      saya_arief said...

      btol2..
      laki suke stdy kat bilik..ngn sound system yg nk pecah telinge..baru bez..haha.

      WaLk said...

      hrmm..sme alasan blh diterima..haks3

      Sharinginfoz said...

      perpustakaan.... ada ke kat universiti.. ingatkan kat luar negara aja ada library....

      Duit Tak Keluar, Akaun Potong

      iphone atau I love u???

      Related Posts with Thumbnails

        ShoutMix chat widget