Tahukah anda bahawa Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara pada 21 hingga 27 April ini.
Golongan yang menjadi sasaran adalah golongan remaja yang banyak menghabiskan masa menonton TV. Kajian yang di jalankan mendapati remaja menghabiskan masa 3 - 5 jam sehari menonton TV sekaligus membawa kepada gaya hidup tidak sihat.
Daripada kajian yang di jalankan, kebanyakan remaja menghabiskan masa dengan:-
87% remaja melayari internet
73% remaja menonton TV
42% remaja bermain permainan video
36% remaja menulis blog
Secara amnya, kempen ini bukan sahaja terhad kepada remaja yang menonton TV tetapi juga kepada remaja yang menggunakan peralatan berskrin.
Kesan negatif daripada permasalahan ini membawa kepada peningkatan masalah kegemukan, berat berlebihan serta diabetes yang membahayakan kesihatan jika tiada perancangan melakukan aktiviti lain bagi menggantikan penggunaan peralatan berskrin ini.
Sebenarnya kempen ini nak menggalakkan remaja menjalani gaya hidup sihat. Baguslah kalau ada pihak yang hendak menyedarkan kita. Bagi aku tak menonton TV selama seminggu tak ada masalah tetapi kalau tak berblogging selama seminggu itu MASALAH. Apa pendapat anda?
adios~~~