Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Hati-Hati Dengan ‘Pemancing’ Maklumat Akaun Anda!




Pagi ni aku menerima email dari Maybank. Email ini meminta aku klik di link yang di tinggalkan kerana ada perkara penting yang perlu diberitahu. Mula-mulanya nampak seperti asli tetapi setelah dilihat dengan lebih teliti, sebenarnya email ini palsu! 

Sebenarnya laman web sebegini digunakan untuk mendapatkan maklumat katalaluan ke akaun Maybank2u anda. Dalam istilah sekuriti komputer dinamakan ‘phishing’ atau dalam bahasa mudah kita, ‘memancing’ mangsa.



Kaedah ini dinamakan memancing kerana anda diberi ‘umpan’. ‘Umpan’ biasanya nampak seperti asli (bayangkan macam mana ikan nampak cacing yang sebenarnya umpan dari pengail), tetapi jika anda termakan ‘umpan’ tersebut, alamatnya hari itu akaun anda akan diceroboh ‘lanun siber’.

Pastikan apabila anda menerima sebarang email daripada pihak bank, anda pastikan keaslian email tersebut. Perlu diingatkan bahawa pihak bank tidak akan menghantar sebarang email berkaitan masalah akaun dimana anda boleh menyelesaikannya secara online. Jika emailnya asli pun, anda biasanya akan diminta hadir sendiri ke kaunter bank berkenaan.


Jadi, amalkan sikap teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan anda menjadi mangsa ‘lanun siber’ yang seterusnya.

Adios~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Mr Kamikaze said...

Wah..nie dah bahaya nie..TQ ats info yg diberi...

woaini_87 said...

Saya pun pernah kena... Tapi nasib baik saya confirm dengan pihak bank sebelum tekan URL tu... and itupun e-mail itu mengatakan yang bank account online i kena BLOCK sebab sudah masukkan password banyak kali.. BODOHNYE orang tu...

Sharinginfoz said...

macam2 jenis org mancing sekarang kan.. yang penting hati2...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget