Bagi graduan lepasan universiti pastinya tidak asing lagi bagi mereka apa itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Kebanyakan graduan ini akan berdaftar dengan suruhanjaya ini apabila tamat pengajian dengan harapan dapat perkerjaan di sektor awam.
Baru-baru ini aku dapat surat dari SPA untuk menghadiri temuduga untuk jawatan yang ditawarkan. Seingat aku, kali terakhir aku memohon adalah pada awal januari 2009. Hampir setahun memohon baru dipanggil untuk temuduga.. Tak kisahlah..
Memang agak teruna teruja apabila mendapat tawaran ini. Maklumlah sebelum ni asyik dapat tawaran temuduga dari sektor swasta. Kebanyakannya pula dari Bank. Belum pernah lagi temuduga untuk sektor awam.
Persoalan yang timbul sekarang ini, aku adalah pelajar sepenuh masa. Wajarkah aku menghadiri temuduga ini. Bukan apa, kalau terpilih nanti terpaksa tolak tawaran mereka kerana aku masih lagi belajar. Kalau tolak nanti tidakkah pihak Suruhanjaya akan blacklist nama aku? Atau tidak hadir temuduga je dah terus blacklist nama..
Tambahan pula aku penerima biasiswa bajet mini 2009 dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam term & condition, penerima biasiswa tidak dibenarkan berkerja selagi mana wang biasiswa yang tidak diperuntukkan sebagai yuran pengajian belum habis sepenuhnnya..
Memang agak serabut kepala sikit sekarang ni. Sesiapa yang ada cadangan khususnya yang mempunyai pengetahuan dalam sektor awam ni silalah kemukan cadangan ye.. ;) Pandangan anda amat dihargai..
Adios~~~