Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Filem Magika Di Kelas Tersendiri !


Tak lama lagi KRU Studios akan tampil dengan filem terbaru mereka iaitu 'Magika' arahan adik bongsu trio KRU iaitu Edry Abdul Halim. Magika yang merupakan filem sulung arahannya mengetengahkan fantasi serta mitos kepercayaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Filem yang menelan kos RM 2 juta ini berkonsepkan fantasi muzikal yang belum pernah diketengahkan oleh karyawan dalam bidang perfileman di Malaysia. Diperkuatkan lagi dengan suntikan CGI (Computer Generated Image) watak dan latar belakang filem ini benar-benar kelihatan 'hidup'


Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga. 

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Jom kita terjah sekitar sesi pengambaran filem ini:-

 

Kalau tak cukup lagi jom kita layan trailer filem ini pula :-

Kat bawah ni pula lagu tema filem ini; Penyembuh Rindu nyanyian Mawi dan Diana Danielle




Jangan lupa nanti saksikan filem ini di pawagam berhampiran. Sokonglah filem tempatan yang ada kualiti macam filem ini. Semoga terhibur...

Adios~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget