Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Alahai Karenah Kakitangan Sektor Awam...


Baru-baru ini aku berkesempatan berhubung dengan seorang pegawai dari Bahagian Tajaan Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk bertanyakan status pembayaran biasiswaku kepada pihak universiti.

Pada mulanya semuanya nampak OK. Kemudian ianya menjadi seakan-akan pelik apabila Pegawai A memberitahu dia tidak menguruskan bahagian biasiswa. Dia mengarahkanku untuk menghubungi Pegawai B.

Apabila aku menghubungi Pegawai B, dia memberitahu dia sudah tidak lagi memegang portfolio biasiswa memandangkan permohonan biasiswa telah ditutup. Dia mengarahkan aku menghubungi pegawai C.

Pegawai C pun begitu. Dia meminta aku menghubungi Pegawai D. Hati pun dah mula panas  dah asyik  berdolak dalih je mereka ini. Akhirnya Pegawai D adalah pegawai yang sebenarnya menguruskan biasiswa aku. 


Ingatkan igauan itu sudah berakhir, rupanya tidak. Pegawai D pula seakan-akan acuh tidak acuh apabila berurusan dengan aku. Dari cara percakapannya seolah-olah dia menganggap aku mengetahui setiap prosedur kerja sektor awam. Suaranya pun agak kasar. Nyaris juga berlaku pertikaman lidah.

Dia mengarahkan aku membuat semakan dengan bendahari universiti aku dahulu sama ada pembayaran dah di buat kepada pihak universiti atau belum.

Disebabkan malas nak cakap dengan orang yang berlagak sombong ni, aku pun berjumpa bendahari universiti aku. Di pendekkan cerita, pihak bendahari sudah pun menerima wang biasiswa aku. Lega rasanya..


Walaupun penyelarasan tugas mereka kelam kabut tapi at least kerja mereka ni jalan juga la. Kira boleh tabik la tapi bab layanan pelanggan memang diorang ni teruk.  Kalau ada yang darah tinggi tu boleh kena heart attack!

Tugas utama kakitangan awam ini adalah untuk memelihara kepentingan rakyat dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, budaya mesra rakyat dan mementingkan keperluan dan kehendak pelanggan hendaklah menjadi pegangan harian perkhidmatannya barulah hilang tanggapan buruk kepada sektor awam.

Adios~~~      

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget