Umum mengetahui Eropah kini di landa bencana debu hasil letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland yang semakin tebal sehingga memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia. Tiupan angin pula memburukkan lagi keadaan apabila ia merebak sehingga ke utara Eropah.
Di sebalik bencana ini, tahukah anda kesannya kepada manusia dan alam sekitar? Jom kita terjah kesannya..
1. Penerbangan di batalkan.
- Penerbangan terpaksa di batalkan atas faktor keselamatan. Ini adalah bagi mengelakan berlakunya pelanggaran sesama pesawat. Asap gunung berapi juga akan memberi kesan kepada enjin pesawat.
2. Gelap dan sejuk
- Cuaca sekitar Eropah menjadi gelap dan sejuk. Kumpulan awan berdebu melindungi dan memantulkan cahaya matahari ke angkasa daripada sampai ke daratan.
3. Rantaian makanan terjejas
- Haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Ketiadaan cahaya matahari memungkinkan haiwan ternakan dan tanaman kebuluran.
4. Kesihatan terjejas
- Kesihatan manusia akan terjejas apabila terdedah kepada bahan kimia yang di sebarkan melalui asap gunung berapi itu.
- Letusan gunung berapi menyebabkan ais mula mencair. Ini menyebabkan paras air sungai naik dan menyebabkan banjir.
Tak kiralah apa jua bencana yang melanda, apa yang penting adalah langkah-langkah keselamatan agar tidak menerima kesan daripada bencana itu. Amalkan sikap berwaspada dan berhati-hati selalu..
Adios~~~